REZEKI QASEH ANGGUN
Rezeki Qaseh Anggun merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang mula beroperasi di G12, Aras Bawah, SP Plaza, 08000 Sungai Petani, Kedah. Ditubuhkan pada tahun 2019, syarikat pada awalnya memberi tumpuan kepada kerja-kerja renovasi bangunan, penyelenggaraan serta pelaksanaan projek melalui tender kerajaan, khususnya melibatkan sekolah dan kemudahan awam.

Berbekalkan pengalaman serta kepercayaan yang diperoleh daripada pelbagai projek yang berjaya disiapkan, Rezeki Qaseh Anggun terus berkembang. Pada tahun 2023, syarikat memperluaskan skop perniagaannya dengan memfokuskan kepada perkhidmatan pembinaan rumah di atas tanah milik pelanggan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai kontraktor pembinaan yang komited terhadap kualiti dan kepuasan pelanggan.

Kini, Rezeki Qaseh Anggun memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembinaan rumah dengan menawarkan penyelesaian yang menyeluruh, bermula daripada pelukisan pelan sehingga pembinaan siap. Berlandaskan nilai profesionalisme, integriti, keselamatan dan kualiti, setiap projek dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan hasil binaan memenuhi piawaian industri serta memberikan nilai terbaik kepada setiap pelanggan.